Sunday, 24 April 2011

Khasiat & Kebaikan Coklat

Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.
coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat didalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak.Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.


Baik untuk jantung
Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko sathersclerosi serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.
coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi.Anggaran 100gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.


Mengawal tekanan darah
coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.


Menghilangkan Jerawat dan Parut
Asidlinleik di dalam lemak koko dapat membantu menghilangkan pertumbuhan jerawat dan parut.


Baik untuk Kulit
Lemak koko mengandungi 34-36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi,31 -35 peratus asid stearik yang berupaya melembabkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

No comments:

Post a Comment